Posts

Memori tercipta :')

Assalamualaikum, sebelum kalian meneruskan baca entri di bawah, marilah kita bersama sedekahkan Al-fatihah buat Allahyarham muhammad fikri bin abdullah, Ya Allah, kau tempatkanlah arwah dikalangan org yg beriman, juga dijauhkan daripada azab api neraka mu ya Allah . Amiin ya Rabbal Alamin. Alhamdulillah Allah pinjamkan saya seorang sahabat lelaki, yg sangat baik, pemurah dan penyayang, namun siapa sangka Allah ambil dia kembali ketika usia masih muda 18 tahun. Arwah ni sangat menitik beratkan tentang solat, sering menasihati saya, menegur apa yg saya salah, dan mungkin juga Allah hadirkan dia hanya sekadar ujian. BERAT ya, terlalu berat untuk melupakan org yg banyak memberi sokongan kepada kita, arwah seorang yang berjiwa tetap, dan mempunyai hasrat tersendiri, saya mengenali dia sewaktu tingkatan tiga, kami bersekolah di sekolah yang berbeza, tapi sekolah kami bersebelahan. kami tak selalu jumpa, kalau jumpa pun ada hal penting sahaja, dan kebetulan saya memasuki pertandingan k